Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, September 16, 2009

Kisah Maharani part 30

~Berita duka~



Maharani tekun menghadap komputernya.Matanya tekun menatap membaca data-data yang baru saja dikemaskini oleh Jacinta, jadi dia hanya perlu menyemak semula.Alunan instrumental yang terpasang dari komputernya beralun lembut memenuhi ruang pejabatnya. Dia selesa bekerja begitu, damai dan tenang.

‘Humm..Humm…’

Maharani menggumam mengikut irama instrumental Kenny G. Jemarinya ligat menekan keyboard komputer.Kakinya sudah bersilang antara satu sama lain.Sekali sekala dia akan menggerak-gerakkan badannya menghilangkan lenguh.

‘Arggh, akhirnya..’

Maharani tersenyum riang melihat kerjanya siap. Data tersebut di save ke dalam folder yang berkenaan.Kemudian, diambil handsetnya.Dibelek keychain yang masih setia di situ.Lama dia merenung keychain yang semakin pudar namanya di situ.

‘Aha..aha yang kosong jiwanya setelah ditinggalkan oleh Apiz tanpa sepatah kata pun.Apiz..dimanakah kau sebenarnya??’

Maharani pandang luar bangunan melalui cermin di bilik pejabatnya.Lama.telus dan kosong, sekosong hatinya yang tiada berpenghuni.Jemarinya masih memegang utuh keychain berbentuk separuh hati.

‘Adakah aku ibarat separuh hati ini?Selamanya bersendirian tanpa dapat menemui separuh hati ini? Jauh berkelana tetap jua tiada yang dapat mengetuk hatinya..’

Keluhan dilepaskan. Maharani menundukkan kepalanya. Dia sudah tak terdaya menjadi perindu sepi. Menanti Apiz yang tak mungkin akan muncul di depannya. Kepastian yang tak mungkin akan terkabul.

‘Arghhh…’

Bayangan arwah Luqman Hafizi pula bermain di matanya.Maharani menutup matanya, mencuba menyedarkan diri bahawa tak baik mengenang dia yang telah tiada.

‘Sampai bila aku harus begini? Kalau betul mereka orang yang sama, apa aku nak buat? Yang pastinya aku benar-benar kehilangan dan sakitnya di dada ini takkan terlihat oleh sesiapa pun.’

Sebak Maharani menutur kata, perlahan lebih kepada dirinya sendiri.Berteleku di sofa kecil yang diletakkan di dalam biliknya itu.Menunduk sayu.Susahnya dia menerima hakikat semua itu.Walaupun dia tahu sebenarnya dia sendiri yang tak nak melepaskan semua kenangan itu, namun dia sendiri tak faham dengan dirinya.Maharani lepaskan keluhan lagi.

‘Tak baik kerap sangat mengeluh.’

Tegur Raja Fadly yang memasuki bilik Maharani.Maharani tersentak.Dia pandang sepi wajah Raja Fadly.

‘Humm..’

Hanya itu jawapan yang meniti bibirnya.Raja Fadly berdiri sambil memeluk tangannya di berhampiran meja kerja Maharani.

‘Dari tadi aku perhatikan, kau asyik mengeluh jer.’

Raja Fadly bertanya, kedinginan suasana antara mereka melemaskan dirinya.Maharani jungkit bahu, tak ingin berkongsi apa di dalam hatinya.

‘No comment.’

Raja Fadly tersenyum dengan jawapan yang meniti bibir mulus di depannya.Tetap ayu walaupun ketara mendung di wajahnya.

‘Kau ada apa-apa masalah ker nie?’

Dengan prihatin, Raja Fadly cuba mengambil tahu mengapa Maharani menjadi murung.Tiada lagi wajah marah, dingin atau tak puas hati di wajah Maharani merisaukannya.

‘Nope.’

Sepatah saja ayat keluar dari mulut Maharani.Deringan handset Raja Fadly mengejutkan Maharani dan Raja Fadly sendiri.Segera dijawab panggilan tersebut.

‘What?Okay, aku pergi sana juga sekarang.’

Maharani pandang Raja Fadly dengan perasaan ingin tahu.

‘Jom, ikut aku.’

Makin berkerut dahi Maharani.

‘Pergi hospital.’

Ditarik lembut Maharani menuruti langkahnya.Maharani yang masih kebingungan bila soalannya tidak berjawab, mengikut saja tanpa bersuara.

**

Rupa-rupanya Taufik yang menelefon Raja Fadly tadi.Setelah bersalaman dengan Datin Afizah dan Puan Kalsom, ibu Izzatie, Maharani duduk bersebelahan dengan Nadzirah yang awal sampai darinya.

‘Kenapa senyap jer nie Naddy?’

Maharani membuka bicara.Bingung melihat wajah-wajah di situ semuanya murung, mendung dan tak bercahaya.

‘Zaty…Zaty….’

Tersekat-sekat Nadzirah berkata-kata.Maharani tambah pelik.

‘Kenapa dengan Zaty?Cakap cepat Naddy.’

Pinta Maharani sambil mengenggam jemari Nadzirah.

‘Dia terpaksa dibedah kerana tak dapat bersalin secara normal.Dah dua jam lebih kat dalam tapi belum ada apa-apa berita pun.Aku risaulah Wany.’

Maharani segera peluk Nadzirah.Matanya menangkap kelakuan Taufik yang dari tadi mundar-mandir di depan mereka.Jelas kerisauan terpancar pada wajahnya.

‘Mama, kenapa lama sangat nie?’

Tanya Taufik pada Datin Afizah.

‘Sabarlah Fik, banyakkan berdoa…’

Datin Afizah tarik tangan Taufik supaya duduk di sebelahnya.

‘Mama, Fik takut….takut…’

‘Ish..jangan nak fikir bukan-bukan…’

Marah Datin Afizah lembut.Diusap tangan Taufik seakan menyalurkan ketenangan pada anaknya itu sedangkan dia sendiri pun gundah gulana sebenarnya.

‘Doktor, macam mana isteri saya?’

Taufik menerpa doktor yang baru keluar dari bilik persalinan itu.Doktor itu tersenyum.

‘Alhamdulliah, Encik mendapat anak lelaki.Sekejap lagi Encik boleh azankan anak Encik.’

Taufik meraup mukanya,agak lega.

‘Oh doktor, isteri saya macam mana?’

‘Tahniah saya ucapkan atas kelahiran anak lelaki Encik tapi…..’

Taufik pandang kosong mulut doktor yang terkumat-kamit di depannya.Dunianya terasa tak bernafas.Berita duka itu menenggelamkan kegembiraan Taufik.Jatuh terduduk.Maharani dan Nadzirah sudah saling berpelukan.Dato’ Rahim menenangkan isterinya.Encik Ali pula peluk Puan Kalsom.Raja Fadly dan Shamsul pula diam tak berkutik. Suasana menghening.Hiba.

7 comments:

  1. uiiitt kak hanna..adakah watakku sudah dimatikan..
    huhuu..
    ttbe cian kat fik..muehehe..suamiku...sabarla..jaga ank kita sebaik-baiknya..zaty sayang abg dan baby kite..
    huhu..bersabarla bang..wany,,naddy,,aku syg korang..tlong jaga baby aku ye..
    mueheheehee...

    *kak hanna..am going crazy..ekekekee..

    ReplyDelete
  2. huhuhu hanna,

    nie yg wat tak sabar nak tau lg nih!
    tol gak kan. adakah watak zaty akan ditamatkan..?
    jgn la...wat saspen jer...

    tgh tggu smbgnya...

    ReplyDelete
  3. knp dunia ni bgitu kejam.
    arghhH!
    sedeynye.

    ReplyDelete
  4. kenape dunia nie begitu tak adil!!
    aku akan jaga anak ko zaty.
    kenapa ko pergi dulu.
    zaty!!!
    sian taufik.
    jadi papa seorang diri
    memberi kasih sayang terhadap anak dengan seorang diri tanpa seorang isteri.

    sob.sob.sedehnye.
    -na'dz

    ReplyDelete
  5. hehehe..akk cumo mampu gelak jer mlht keemoan zaty,wany dan naddy..wahahaha...

    p/s : maybe akk boleh siapkan n3 smp ending mlm jumaat..but no promises..cewahhh..atau n3 utk final tgu pas raye??hahahaha....

    ReplyDelete
  6. haiyo!naddy nk jage anak boley...jgn jage ngan bapak2nye skali yer....kehkehkeh.....suspen nie hanna....cpt la smbg....

    ReplyDelete
  7. kak hanna..huhu..kejam taw..
    gelak plak tgk kesedihan ktrg nieh..bkn nak simpati..hehe..
    nk lgi..malam nieh ek...n3 31...huuuu..pas raya??hurrrmm..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!