Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Wednesday, September 16, 2009

Kisah Maharani part 31

~Harapan & doa~


Sejak seminggu yang lalu, Taufik setia di samping Izzatie yang tak sedarkan diri atau lebih baik jika dikatakan koma.Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor yang incharge wad persalinan itu..


'Tahniah saya ucapkan dengan kelahiran anak lelaki Encik tapi isteri Encik masih tak sedarkan diri buat masa ini.Dia mengalami pendarahan yang serius, tambahan pula tekanan darahnya mendadak turun.Diharap Encik dan keluarga bersabar.'


Dunianya kelam. rasa seperti kepalanya dihempap batu yang beratnya berkilo-kilo.Khabar gembira dengan kelahiran baby lelaki, lambang cinta mereka tenggelam dengan berita duka yang dibawakan oleh doktor tersebut.


'Dear, buka mata, please...abang merayu..jangan tinggalkan abanggg....'


Taufik berkata perlahan, tangannya mengenggam jemari Izzatie yang kaku.Tiada balasan pada sentuhanannya.Tidak seperti selalu, mesti membalas genggamannya.


'Baby boy kita abang namakan Aiman Ajmal.Dear yang suka nama tue kan?Haa, matanya ikut iris mata dear...bangunlah dear...'


Taufik sebak melihat tiada respon langsung dari isterinya.Tiada lagi senyuman manja, lirikan mata Izzatie kepadanya.Kerja di pejabat pun diserahkan pada Raja Fadly, dia pula saban masa menemani Izzatie di hospital.


'Dear..please..abang rayu jangan pernah tinggalkan abang...dan our baby...we loves you so much.'


Bergetar bibir Taufik menahan sendu di hati.Dia tak pernah menampakkan kesedihannya di depan keluarga dan kawan-kawannya.Hanya senyum hambar menghiasi bibirnya apabila mereka bertanya tentang dirinya.Ditahan kesedihan di dalam hati.


'Dear....pleasee.....'


Setitik air mata lelakinya menitis jua mengenai jemari Izzatie.


'Abang merayu sangat..tolong jangan tinggalkan abang..Dear kata sayang dan cintakan abang kan?Tolong bangun ya dear..'


Sayu Taufik berkata-kata.Air matanya diusap perlahan.Sungguh dia tabah pada penglihatan sekeliling tapi hatinya tak setabah itu.Melihat insan kesayangan berlawan dengan maut, itu sudah cukup merenggut semangatnya.Kalaulah dia boleh menjadi galang ganti, dia takkan membenarkan isterinya berkeadaan begitu.Sungguh, takkan sekali-sekali pun.


'Dear....abang sayang dan cintakan dear..takkan pernah berubah..'


Dikucup lama dahi Izzatie, kemudian beralih pada jemari halus itu.Lama.


**


Maharani yang baru hendak membuka pintu wad yang dihuni oleh Izzatie terhenti langkahnya.Terdengar ratapan pilu Taufik yang berbicara dengan Izzatie yang tetap kaku.Simpatinya datang apatah lagi melihat wajah comel Aiman Ajmal.Secomel mama nya, hidungnya pula mewarisi papanya.


'Fik...kau balik dulu lah..giliran aku pula jaga Zaty..'


Sapa Maharani lembut.Taufik memandang sayu wajah Maharani yang bayak membantunya, sama ada menjaga Izzatie yang koma atau menjaga Aiman Ajmal.Tak mungkin akan terbalas.


'Fik..dah sehari suntuk kau kat sini..biar aku pula temankan Zaty...kau balik berehat kejap, makan, mandi dan Aiman pun perlukan perhatian dan kasih sayang papanya juga.'


Panjang lebar Maharani berkata-kata.


'Wany, aku tak sanggup nak tinggalkan isteri aku walaupun seminit.'


Lemah Taufik berkata-kata.Bawah matanya ketara hitam, ekoran tak cukup tidur.Mukanya jelas tak terurus.


'Aku tahu Fik..tapi kau kena kuat dan tabah.Banyakkan berdoa.Insyallah, Zaty akan sedar nanti.Aku percaya dia mendengar setiap luahan hati kau.Kau balik berehat, okay.'


Pujuk Maharani lembut beserta dengan senyuman manis.Taufik pandang lama kemudian menganggukkan kepalanya.


'Baiklah, apa-apa perkembangan call aku.Sorry sebab menyusahkan kau Wany.'


'Takpe..Zaty..she's part of me..my bestfriend...kau pun kawan aku..Takkan aku nak biarkan macam tue saja...No need to apologize.Balik berehat ya.'


Taufik melangkah longlai keluar dengan berat hati.Maharani duduk di sebelah Izzatie yang masih kaku.


'Zaty....tolong buka mata kau, please..Aku merayu..Aiman Ajmal dan papanya perlukan kau...Dah seminggu lebih aku dan Naddy tengok-tengokkan dan jaga Aiman...giliran kau pula Zaty..Aiman comel tau..macam kau jugalah...pipinya chubby...rasa nak cubit-cubit jer...Kau bangun ya...pleae, I'm begging you.'


Maharani bersuara perlahan.Direnung raut wajah Izzatie yang kaku, matanya terpejam rapat.


'Zaty....kau tahu aku akan sayang kau lebih tahu kalau kau bangun....kau nak aku beli buah ceri banyak-banyak pun aku tak kisah, janji kau buka mata dulu..hehe..'


Maharani tertawa dengan kata-katanya sendiri.Ahh, sengsaranya menatap wajah Izzatie yang tiada respon dengan gurauannya.Tiada lagi mulut comel itu membalas ayatnya.


'Zaty....aku berdoa kau akan sedar kerana kami semua sangat sayangkan kau..Aiman perlukan mamanya,Fik perlukan his wife.Please...'


Sentuhan di bahunya mengejutkan Maharani.Raja Fadly tersenyum memandang wajah Maharani yang memerah.Mungkin menahan sebak.


'Kau...'


'Syhh....jangan ditahan kesedihan itu, lepaskanlah.'


Pelik dengan keprihatinan Raja Fadly tapi Maharani tiada kekuatan untuk memikirkan semua itu.Air matanya bertamu di tubir mata.Raja Fadly tepuk perlahan jemari Maharani, ingin memberikan semangat mungkin.


'Nangislah kalau itu dapat melegakan perasaan Wany.'


Maharani teresak-esak.Tanpa sedar dia memeluk pinggang Raja Fadly yang berdiri berhampirannya.Mengongoi lemah.Sungguh dia tak tabah untuk kehilangan lagi.Kehilangan insan yang disayangi.Perlahan berdoa di dalam hati, moga Zaty akan sedar dan kembali seperti biasa.Harapannya semuanya akan kembali seperti dulu, dia tak ingin kehilangan lagi.Itulah harapannya.


7 comments:

  1. kak hanna..
    haiiyaaaa...manyak sedey woooo....
    ankku aiman ajmal?uuuuu...aiman xkesah..haha..
    cptla sedar zaty oi..sian kat baby n abg syg..

    wany n raja tuh kasi kawen jelaaa..

    ReplyDelete
  2. Sentuhan di bahunya megjutkan Zaty

    *kak hanna..sepatutnye name Wany..bkn zaty..huhu...

    ReplyDelete
  3. amboi telitinya adeq akak nih..hahaha...okay, akk dh edit pun....thx ya~

    ReplyDelete
  4. sedey nye.
    mnx2 aa watak zaty ade lg.
    :(

    *btl la kak hanaa, ptot nye kt c2 nme wany.
    kih3.

    ReplyDelete
  5. cptla smbg g.....xsbr nk tau ending dia k.hana...hehehehehe

    ReplyDelete
  6. alorr sedihnye
    zaty bangonlah.sian aiman and taufik
    wany peluk pgg raja?ahaa
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!