Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Thursday, September 17, 2009

Kisah Maharani part 32

~One part of mine...?~


Pagi itu, Maharani bangun dengan kepala yang berdenyut-denyut. Berpinar-pinar pandangannya, namun digagahkan juga dirinya untuk mandi dan mengambil wuduk untuk mengerjakan suruhan-Nya.Lama dia berteleku, berdoa dan tenggelam dalam perasaanya sendiri selepas itu.Perlahan dia menapak ke tingkat bawah rumahnya setelah bersiap.Sungguh dia tiada daya untuk bekerja hari itu.Dia lemah sama ada dari segi fizikal atau pun mental.Terasa ingin berlari dan menjerit sesuka hatinya, namun itu hanya mampu terkurung di dalam hatinya.Mana mungkin dia melarikan diri dari menolong kawan-kawannya.

‘Selamat pagi papa, mama.’

Maharani menyapa Encik Amiruddin dan Puan Zulintina yang sudah menghadap sarapan pagi.Tersenyum manis seraya menyalami Encik Amiruddin.Mengucup pipi Puan Zulintina.Sedaya upaya mengumpul tenaganya yang ketara tinggal 10% itu.

‘Selamat pagi princess…how are you dear?’

Encik Amiruddin bertanya.Dia memang jarang berada di rumah, selalu outstation namun dia tetap gembira dengan kehadirannya satu-satunya puteri mereka itu.Setelah 5 tahun di luar Negara, itu sudah cukup menyeksakan bagi dia dan isterinya.Berjauhan dengan anak tersayang.

‘I’m fine papa..Rindunya kat papa.Bila balik?’

Bercahaya mata Maharani memandang Encik Amiruddin sambil mengunyah perlahan sandwichnya.

‘Last night. Papa tak nak ganggu Wany pula…papa miss you too, princess.’

‘Love you, papa.’

Dikenyit nakal matanya pada Encik Amiruddin.

‘Dah habis sesi melepas rindu abang dan Wany?Cepatlah habiskan breakfast tue, dah lewat dah.’

Serentak Maharani dan Encik Amiruddin memandang jam masing-masing.

‘Late.’

Sekali lagi mereka serentak menjerit kecil. Maharani bingkas bangkit, terhuyung-hayang sekejap.dipegang kejap kerusi meja makan tersebut,kepalanya berpinar-pinar.Pandangannya agak kabur.

‘Wany, sihat tak nie?’

Puan Zulintina segera memegang badan Maharani.Encik Amiruddin turut memandang lama.

‘I’m fine, ma..pa..Wany dah lambat nie..Pergi dulu.’

Dicapai tangan papa dan mamanya seraya menuju keretanya.Duduk di kerusi pemandu, Maharani menarik nafasnya dalam-dalam.

‘Wany, be strong.’

Maharani tersenyum sambil memberikan galakan pada dirinya sendiri.Dia tak ingin dirinya kelihatan lemah lagi pada mata kawan-kawannya.Perlahan enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju di atas jalan raya.

**

Jam menunjukkan 08.10 pagi, bermakna Raja Fadly akan berada di dalam lif masa ini.Maharani masih duduk di dalam keretanya.Malunya masih menebal bila teringat saat dia menangis dan memeluk pinggang Encik Cool Blooded itu.Hanya Tuhan yang tahu betapa dia malu ketika itu tapi dia memang tak sedar masa itu. Namun, dia terasa adanya damai bila dia memeluk Raja Fadly, damai yang menenangkan dirinya.

‘Arghh..’

Terjerit kecil bila menyedari sudah sepuluh minit dia dalam kereta.Berlari anak dia menuju ke lif.Nasib baiklah hari nie dia menggunakan seluar slack, dapatlah memanjangkan langkah kakinya.

‘Morning Wany..’

Maharani pegang kepalanya yang makin berdenyut-denyut.Berkerut-kerut dahinya menahan kesakitan di situ.

‘Emm..good morning Cinta..’

Jacinta pandang lama wajah ketuanya yang nyata pucat.Dia sedar juga mengapa kebelakangan ini Maharani terlampau mengabaikan dirinya demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.Alangkah baiknya jika dia punya sahabat macam ketuanya itu.

‘You look pale.’

‘Am I?’

Soalan berbalas soalan.Maharani memicit-micit kepalanya pula.Sungguh tenaganya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.Tak dapat diselamatkan lagi mungkin.

‘Tolonglah jangan pengsan di sini Wany.’

Maharani bermonolog sendiri.

‘Yes..are you okay, Wany?’

Jacinta pandang cemas muka Maharani yang semakin pucat.

‘I’m okay.’

Maharani melangkah perlahan menuju ke bilinya.Kepalanya memang dah tak terkira sakitnya, pandangannya mula kabur.Pintu biliknya sudah ada dua..tidak, tiga..dan…kelam…hening..

‘Wany…’

Jacinta menjerit lantang seraya berlari mendapatkan Maharani yang sudah terkulai layu di depan pintu biliknya.

‘Wany…open your eyes..Wany..’

Jacinta sudah hampir nak menangis.Kepala Maharani dipangkunya.Tangannya sibuk mengoncang lembut badan Maharani.Namun, tiada respon.Staff yang lain mula mengerumuni mereka.

‘Diana, panggil Encik Fadly.’

Arah Jacinta sambil masih mencuba menyedarkan Maharani.Diana sudah berlari menuju ke bilik Raja Fadly.Tanpa ketukan, terus dibukanya pintu bilik Raja Fadly.

‘Kenapa nie Diana?’

Raja Fadly kerut dahi.

‘Boss, er..er…Cik Wany pengsan.’

‘Pengsan?’

Raja Fadly masih blur.Diana ketap bibir.

‘Encik Fadly, Cik Maharani pengsan.’

Sengaja Diana menekankan perkataan pengsan pada tutur katanya.Raja Fadly yang baru dapat mentafsir, terus berlalu keluar.

‘Tepi..tepi..’

Raja Fadly bagi isyarat mata Jacinta yang dia mengambil alih untukmendukung Maharani.Jacinta menganggukkan kepalanya.Bisik-bisik pekerjanya tidak dipedulikan
yang penting sekarang dia harus menghantar Maharani ke klinik atau hospital.

‘Cinta, pegang handbag Wany dan ikut saya.’

Jacinta mengikuti langkah Raja Fadly sambil menyandang handbag Maharani.Maharani dibaringkan di seat belakang sambil ditemani oleh Jacinta.Kereta Raja Fadly keluar dari bangunan syarikat.

‘Cinta, kau ambil handset Wany, aku nak call keluarga dia.’

Jacinta menurut dan mencari handset Maharani,disuakan pada Raja Fadly yang jelas cemas.Seketika Raja Fadly bercakap dalam phone.Talian diputuskan. Tangannya masih mengenggam handset Maharani..Dipandang keychain yang menghiasi handset Maharani.Lama matanya terpaku di situ.

‘Eh…….is this one part of mine…’

Kepalanya berdenyut-denyut kuat bila dia cuba memikir. Raja Fadly pegang kuat stereng keretanya.

4 comments:

  1. ehh,
    amende tu?
    adekaH raja fadly terjumpa keychain?

    ReplyDelete
  2. uuuuuu..
    keychain kahh?
    cpt la engt lukman aka apiz aka raja fadly oi...

    ReplyDelete
  3. yeay...akhirnya...raja fadly dh nmpk keychain tu..mesti pasni ingatan dia pulih n ingat sape maharani tu......

    ReplyDelete
  4. ahaaa.die dah nampak keychain uh
    pat2 igt.
    tapi jgn lah die pula xcident
    warghh
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!