Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, November 30, 2009

143, Cintakah? (1)


Salam semua.Hanna try masukkan story nie, takut nanti berhabuk pula blog nie memandangkan SE of ONH dah tamat.Tapi, Hanna nak tengok macam mana feedback dulu.Idea kureng masa nie, Hanna hanya taip apa jer yang terlintas kat kepala.Hehe.Sila yer komen, kalau tak best, Hanna hanya jadikan sebagai cerpen jer la.Inilah padanya jika kebosanan tahap dewa~hahaha..peace~

**

Jojo:No touching, No kissing, No nothing.

‘Hemm apa you nak?’Tanpa emosi, panggilan disambungkan.

‘Jumpa malam nanti ya dear?’

‘Okay.But make sure you jangan lewat.Lewat 2 minit, I blah.’

‘Sure, dear.Tempat biasa, pukul 8 I dah tercongak kat KFC favourite dear tue.’

‘Okay.’

Tap.Flip handphone ditutup kasar,takde mood sebenarnya nak keluar mana-mana hari nie.Jojo on ipod pink nya, terus lagu favouritenya ‘Only Human’ by K berkumandang.Baru nak menikmati lagu kegemarannya, handphone berdering sekali lagi minta diangkat.

‘Hemm.’

‘Honey, Izat nie.’Adui, Izat pula.Tadi Kal.

‘Yes, Izat.Anything?’Dijawab malas.

‘How about dinner together?Bolehkan honey?’Ala, malasnya, getus hati Jojo.

‘Malaslah Izat.’Direct terus Jojo jawab.Malas nak corner-corner.

‘Honey,pleasa.Lama dah Izat tak dinner dengan honey.I miss you honey.’

‘Okay, jam biasa.Kalau Izat lewat, jangan nak terhegeh-hegeh nak calling Jojo nanti.Jojo takkan jawab punya.’

‘Orait honey.That’s why I love you.See you tonight.’

Tap.Handphone dilempar ke atas tilam.Bosannya hidup begini.Belum sempat Jojo nak mengeluh, kedengaran incoming message pula.

‘Yang, malam nie jumpa, ya?Dah dua minggu sayang avoiding Mie tau.Rindulah.’

Ahh, lelaki memang pandai merayu.Mulut manis ibarat madu.Kalau merayu,merekalah nombor satu.

‘Malasla awak.’

Butang send ditekan.Jojo menghela nafas.Belum sampai seminit dah ada reply dari Mie.

‘Kejapla, yang, please.’

‘Okay, pukul 10, tempat biasa.’

‘Thanks yang.Tak sabar nak jumpa nanti.Love you.’

Jojo rasa nak termuntah dengan mendengar perkataan ‘love you’. Handphonenya di’offkan.Masih awal lagi.Jam baru menunjukkan pukul 6.40 petang.Pantas jemarinya mencapai buku berkulit tebal dan pennya mula menari di situ.

Benda yang sama lagi.Adehhhh…..

Pukul 8 – Kal.Orangnya boleh tahan.Muka matang, sweet dengan kumis sejemput.Bekerja office hours dan pastinya busy 24hours, maybe.Bercakap bila perlu dan penuh dengan nasihat tersirat.Boleh disimpulkan dia macam ‘abang’ saja. Sabar melayani aku yang ketara macam takde perasaan nie dan beku.Entahla..

Pukul 9 – Izat. ‘Chinese look’, matanya yang sepet kot daya tarikan dia.Kalau jalan sama mesti orang ingat aku nie takde ‘any special relationship’ dengan dia.Yelah, dah seorang macam Chinese, seorang lagi macam makhluk apa entah.Haha.Dah bekerja juga, dia nie model sambilan selain dari kerja dengan syarikat papanya.So, mesilah bila jumpa dia kena menyamar.Huh!

Pukul 10 - Mie. Dia nie ‘childish look’, tak tahulah kenapa menyangkut kat aku pula. Masih study lagi.Agak manja, yalah budak-budak lagi tue.Aku layan dia sebab mamat dua orang tue selalu sibuk dengan kerja.Dia yang selalunya aku cari bila aku sedih atau takde mood (tapi aku takkan pamer depan dia) sebab dia pandai menggembirakan aku dengan mulutnya yang tak pandai duduk diam.Asyik berkata-kata kecuali masa dia tidur saja dia berhenti bercakap kot. Selebihnya, dia okay.

Cerita pasal diorang nie, sebenarnya aku tak pernah nama sebenar mereka siapa?Haha, pelik tapi benar?Dan mereka pun tak tahu nama aku.Bercintakah begitu?

Aku?Dalam IC, nama aku ialah Julia Farhana Bte Abdul Kassim.Jojo?Jangan ditanya kenapa nama aku yang ‘ayu’ itu jadi Jojo.Ayu?Haha.Menepuk dahi sendiri.Mama aku Mariam Carsten Abdullah dah pergi meninggalkan aku setahun yang lepas.Ya, selama-lamanya.Papa aku Dato’ Abdul Kassim, businessman berjaya.Ya, sangat berjaya sampai dalam hal keluarga pun sangat berjaya.Kalau tak berjaya dalam family planning, takde nya aku ada tiga orang mama tiri..opss mak Datin-Datin.Itu belum termasuk anak-anak papa dengan Datin-Datin itu.Tapi, aku tak pernah terfikir nak jumpa anak-anak baru papa.

Biarlah aku tak kenal mereka dan mereka tak kenal aku.Aku tak ingin ambil tahu!
Mungkin sebab semua ini menyebabkan aku begini.Tiada perasaan dan kasih sayang bukan hal yang terpenting dalam hidupku.Aku terbiasa sendiri dan begini.Papa aku mestilah berkepit dengan Datin-Datinnya di rumah mereka.Semestinya berlainan rumah.Haha.

Sebenarnya aku tak suka perkataan ‘couple’ atau ‘kekasih’ atau apa saja yang berkaitan.Bagiku, itu hanya membazir masa aku saja.

Aku tak suka bunga.

Aku tak suka coklat.

Aku benci dirayu.

Aku tak suka lelaki menyukai aku.

Pendek kata, aku tak suka semuanya.

Teruk kan aku?Haha.Tapi kenapa diorang masih juga nak mengejar aku.Aku yang sangatlah simple.Adakah kerana mata biruku ini?Atau rambut blonde aku?Atau kerana muka aku?Erk, aku cantik ker?Rasanya tak?Jadi, kenapa Kal,Izat mahupun Mie masih mahu mendampingi aku?Aku bosan!Ya, bosan dengan kesabaran mereka melayan sikapku yang selalu dingin, beku dan yang sewaktu dengannya. Dan,

Aku bukannya playgirl.

Aku tak suka dilabelkan begitu.Aku layan ‘kekasih-kekasih’ aku tue biasa saja.Haha, kekasih, sounds weirdo!Mungkin sebab aku bosan dengan hidup aku yang sunyi atau aku belum jumpa ‘kekasih’ yang mampu membuatkan jantungnya berdebar 1km/perminit atau membuat aku terpana sampai tak mampu lena selama 25 jam atau maybe mampu mebuatkan aku tersenyum selama 7 hari 7 malam.Ahh, keterlaluankah aku?Ini hidup aku, terpulanglah pada aku sendiri.Mereka dan mereka tiada hak nak menghakimi aku.Aku tak ganggu sesiapa, maka janganlah menyusahkan diri menghakimi cara hidup aku!
Untuk ‘kekasih-kekasih’ aku tue memang dah tahu ayat kegemaranku.

No touching, no kissing, no nothing..Got it?

Haha, gila kejam kan aku?Cinta di hati aku turut mati bila mama pergi meninggalkan aku..Hemm.I miss her damn much!

Good night,my diary.Kau sajalah memahami aku.~Jojo~


Kali terakhir dia menangis bila mamanya dikebumikan.Selepas itu, dia mengajar dirinya untuk kuat dan takkan menangis di depan sesiapa pun.Diari nya diletakkan kembali di tempat asal.Segera mencapai towel untuk mandi sebelum berjumpa ‘kekasih-kekasih’ yang bagaikan bukan ‘kekasih’.Ada ker macam tue?

9 comments:

Any comments really appreciated!