Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Friday, December 4, 2009

143,Cintakah? (3)

Jojo dah kebosanan duduk di rumah hujung minggu.Tengok tv, tv yang tengok dia. Duduk dah, berdiri dah, landing pun sudah.

‘Ayak, bosannya!’

Matanya terkebil-kebil menghadap kipas yang berpusing di atas.Yang ada di pemikirannya adalah bosan.Bosan.

‘Aku nak kacau siapa ya?’

Dibelek-belek phone nya.Mencari gerangan yang nak dikacau.Haa, Mie!Ditekan butang ‘call’.

‘Hello.’

Lemah suara di hujung sana menjawab.Jojo tersengih.Tahu yang Mie masih berselubung di atas katil.Dah faham dah!

‘Mie, Jojo nie.Bosanlah.’

Jojo terus mengadu manja.Aik, sejak bila pula aku macam nie?

‘Bosan?’

Jojo tahan gelak, ketara betul ‘budak’ nie masih mamai.

‘Ya, bosan.Boleh teman Jojo keluar tak?Bolehla…’

Jojo dah memintal hujung rambutnya sendiri.Inilah padahnya kalau dah bosan, terpaksa la memujuk yang ‘ di sana’ untuk menemankan dia berjalan-jalan.

‘Yalah..yalah..Nak Mie ambik ker?’

‘Takpe.Nanti kita jumpa kat tempat biasa ya?’

‘Okay.’

Talian diputuskan.Jojo tersenyum sendiri.Kejam betullah kau nie Jojo, kesian ‘budak Mie’ tue.Budak ker kalau umur hanya muda setahun dari dirinya.Haha.Jojo tepuk dahinya lembut.

**

Dari jauh Jojo dah melihat kelibat Fahmi yang mencari dirinya.Dilambaikan tangannya.Fahmi yang melihat pantas melemparkan senyumannya.

‘Dah lama sampai, yang?Sorry lewat sikit.’

Fahmi meminta maaf seraya lalu duduk di depan Jojo yang tersenyum padanya.Hailoh, cair hati aku!

‘Takpe.Sorry ganggu tidur awak pulak.’

Jojo tergelak kecil namun segera ditutup dengan jemarinya.

‘Dah order, yang?’

Anggukkan kepala Jojo menjawab pertanyaan Fahmi. Fahmi menghela nafas lega.Dah setiap kali jumpa kat KFC, mana tak tahu favourite each other.

‘Tadi masih tidur ker awak?Sorry again sebab ganggu.’

Jojo lempar senyum.manis pada pandangan Fahmi, namun ‘Lady Iceberg’ nya ini tetap beraura dingin dan beku.

‘Hehe.It’s okay,for sayang, Mie rela korbankan tidur tue tau.’

‘Lawaklah tue.’

Jojo dan Fahmi tergelak.Dah terbiasa dengan sikap masing-masing.

‘Mama pun heran juga tengok Mie keluar tadi, yalah selalu memang masih melingkar jer atas katil.’

‘Padan muka.’

‘Apa yang?’

‘Padan muka.’

Jojo pamer muka nakal mengenakan Mie.

‘Nakal juga, my Lady Iceberg nie.’

‘What say you?Lady Iceberg?’

‘Yes, yang.It’suit with your attitude.’

‘Mie…’

Jojo memuncung.Geram, ada ker aku nie dipanggil ‘Lady Iceberg’..tak kelas langsung.Haha.

‘Sweet apa muncung yang tue.’

‘Tak nak kawan awaklah, Mie.’

‘Really?’

‘Yup.’

‘Nekad.’

‘Yup..’

‘Okay.’

Fahmi pura-pura nak berdiri, meninggalkan Jojo yang menyisip ‘milo’ nya.

‘Mie, nak ke mana tue?’

‘Balik.’

‘Ish, dasar anak manja.Sini duduk.’

Jojo menarik lengan Fahmi untuk duduk di sebelahnya.Fahmi tersenyum gembira di dalam hati.Yahoo!Taktik licik nie paling sesuai untuk ‘Lady Iceberg’ nie.

‘Meh makan ayam nie.Favourite Mie kan?’

Jojo sua ayam KFC kepada Fahmi lembut.Dipandang Fahmi yang teragak-agak memandang perlakuannya.Mie, kau tak ubah seorang adik padaku sebab itu aku senang juga memanjakan kau nie.Eish..

‘Thanks.’

‘Dah..dah jangan nak merajuk pulak.’

Baik Jojo mahu pun Fahmi, masing-masing berselera menikmati ayam di depan mata.Ditambah cheesy wedges.

‘Dah hampir 3 bulan kita kenal, actually full name awak apa ya?’

Jojo menanya perlahan.Fahmi tersengih.Hai, baru nak tanya sekarang?Ingatkan sampai bila-bila tak nak tanya?

‘Mohd. Fahmi Bin Azman tapi Mie ada papa tiri.’

‘Papa tiri?Where’s your real father?’

‘Sudah kembali pada-Nya.’

Sedih saja bunyi suara Fahmi menjawab pertanyaan Jojo.Jojo terkedu.

‘I’m sorry to hear that.So, papa baru Mie?’

‘Dato’ Abdul Kassim.’

Dato’ Abdul Kassim?Macam kenal jer?Tapi di mana ya?Jojo tercari-cari tapi masih tak dapat mengingati.Deringan handphone nya mengejutkan dia dan Fahmi.

Berubah wajah Jojo menjawab panggillan phone nya.Seketika kemudian, dia menamatkan panggillan dan kembali memandang Fahmi.

‘Mie, I’ve to go.Sorry and thanks for accompany me.’

Fahmi masih terkebil-kebil.Namun, sempat mengangguk.Salam yang dihulurkan dijawab di dalam hati.Hatinya tetap gembira.Perasaan cintakah ini?

**

Khairul Izat memandang Nicky, PA nya yang juga gelisah macam dirinya.Entah apa halnya, model yang dijadualkan akan ‘shooting’ cover depan untuk majalah HAI dengannya memberitahu ‘sick leave’.Dahla last minute pula tue.

‘Macam mana nie Nicky?’

Izat bertanya dengan muka bengang.Ish, tak boleh ker model tue ambik sick leave hari lain.Menyusahkan betul!

‘I’ll try to contact other model to replace her.’

Nicky kelam kabut membuat panggillan.Izat dah bengang.Kakinya disilangkan.Phone nya dimain-mainkan.Tiba-tiba dia teringat seseorang yang rasanya sangat capable dan sesuai.Pantas ditekan butang ‘call’.

‘Lega.’

Izat dah mampu menarik nafas lega bila suara di hujung sana bersetuju.Selamat!

‘Aku dah jumpa pengganti model tue.But, make sure don’t ask anything about her.’

Nicky menganggukkan kepalanya.Faham sangat dengan ketegasan Izat.Izat tersenyum tersendiri.

‘Sorry sorry..Am I late?Tadi Jojo jumpa kawan.’

Jojo terus menyapa Izat yang masih tak menyedari kedatangannya.Tidak dipedulikan pandangan cameraman atau wartawan di situ.Tak berminat.

‘Honey, bila sampai?’

‘Tahun lepas.’

Selamba Jojo menjawab.Nicky masih terpegun dengan kemunculan wanita di depannya.Cantik.Segala asset ada pada dia.Siapakah dia?Patutlah Izat tersenyum-senyum dari tadi.

‘So, apa yang urgent sangat nak minta tolong Jojo nie?’

Jojo mendudukkan punggungnya di kerusi sebelah Izat.

‘Honey, boleh tak tolong Izat hari nie?Honey sajalah my last hope.’

Jojo mengerutkan dahinya.Nak minta tolong apa pula nie?Sebut ajalah, jangan nak suruh aku jadi model sampingan dia, sudahla..’

‘Jadi my model partner.’

Jojo membeliakkan matanya.

‘What?Your model partner?’

Izat sudah memegang jemari Jojo namun segera ditepis lembut.

‘Yes, honey.Please.’

‘Please.’

Nicky turut sama memujuk Jojo dan masih mengagumi kecantikkan wanita yang dipanggil oleh Izat sebagai ‘honey’ itu.

Jojo dah menggaru kepalanya.Nak ke tak?Nak ke tak?Muka dua orang bukan main mengharap.

‘Okaylah.’

‘Yahooo!!Thanks honey.Love you.’

Izat berkata gembira.Nicky menghembus nafas lega.

‘But this is first and last.No more.’

Jojo berkata tegas.Nicky dan Izat tersengih.That’s one, we all not promise!Gelak jahat tapi dalam hati jer.

‘Come dear, nak tukar dressing dan touch up your face.’

Nicky sudah menarik jemari Jojo.Jojo hanya mampu menurut.Itulah pandai-pandai bersetuju tadi, kan dah kena!Haila..

Izat sudah bersedia, hanya menanti ‘honey’ nya keluar dari make up room dan menjadi model partnernya.Jojo keluar dengan teragak-agak.Nicky segera menarik Jojo keluar dan semua krew penggambaran juga terpegun.Izat speechless!

‘Honey, is that you?You’re so gorgeous!’

Mak ai, cantiknya bila dia memakai mini dress purple itu, dengan solekan senada.Cantiknya!

‘Ish, macamlah tak pernah tengok Jojo.Tutut mulut tue.’

Rungut Jojo perlahan.Membahang mukanya, dia sendiri pun tak percaya menghadap cermin tadi.Macam dua orang yang berlainan pula!

‘Honey..’

‘Dah dah..bila nak start nie?Lagi cepat lagi bagus.’

Jojo memintas kata-kata Izat.Menutup kegugupan di hatinya sendiri.

‘Okay, ready.Kalau boleh tue biar natural aksi, mesra dan senyum.’

Arah cameraman.Melebar senyuman Izat.Yalah, buah hati yang menjadi model partner, mana tak senyum memanjang.Nicky pula tersenyum memandang Izat dan ‘honey’ nya itu sangat secocok.Padan sekali.Lepas nie, memang Izat akan diburu oleh wartawan rasanya dan Jojo takkan dapat sebut ‘no more’ lagi.Matanya masih memandang aksi-aksi mesra Izat dan Jojo.Alahai..mata tak dapat nak berhenti memandang!

5 comments:

  1. sweetnya............. sapa jojo sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. huhuu.. yeap.
    mcm misteri jee jojo nie?=p

    ReplyDelete
  3. hanna, gambarkan la jojo tu cantik macam mane....tak boleh bayangkan....hehe

    ReplyDelete
  4. jojo jojo jojo..
    nme ayah sendiri pon tak engt ek??
    adeehh..smbung2..

    ReplyDelete
  5. rasa yer sume "kekasih gelap"jojo adik beradik tiri
    yakan

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!