Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, February 1, 2010

KP 3 : Kenangan + Kejutan

Puteri Aliya melempar senyum yang pastinya plastik pada minah di depannya.Yalah, dah dia sendiri kena paksa Farouq Haikal dan Aiman Ajmal menyamar menjadi girlfriend Farouq bila dah dia dah dah..pepaham la korang yer. Dah muak, tak tahan dengan kegedikkan girlfriend yang belum sampai seminggu pun.

‘Bie, takkan si skema ni saingan Sha.’

Apa?Aku si skema?Puteri Aliya rasa nak jer cilikan mulut minah nie.Aku lagi tak suka tayang muka kat depan kau tau!

‘Well, Cik Singkat Kain, nama saya Aliya, bukan Si Skema.Saya ulang, ALIYA.’

Hah, hambek kau!Puteri Aliya membalas kata-kata minah di depannya dengan nada selamba.Farouq dah kulum senyum, Aiman yang berdiri tidak jauh dari mereka turut menyembunyikan senyumannya.Sebab itulah kedua-duanya selalu menjadikan Puteri Aliya sebagai alasan mereka jika nak melarikan diri dari minah-minah yang tak sesuai buat awek.

‘Aku peduli apa nama kau Aliya, Maling atau Kuntilanak sekalipun.Ini pakwe aku, kau tak sesuai untuk dia.’

Puteri Aliya mendengus geram.Ini yang aku malas nak ikut berlakon macam nie.Alih-alih aku juga kena maki hamun, bukannya kata pujian pun.

‘Excuse me yer Cik Singkat Kain, guy ni dah rasmi jadi tunang aku, diulang tunang.Jom bie, panas semacam la tempat nie.’

Puteri Aliya sengaja menekan perkataan tunang dan memanjakan suaranya memanggil Farouq ‘bie’…Kalau diikutkan, geli naa..

‘Okay, Sha sorry.Kal doakan Sha mendapat lelaki yang lagi baik dari Kal.’

Farouq berkata seraya ingin mengekori langkah Puteri Aliya.

‘Betina tak sedar diri.’

Terkaman bekas awek Farouq yang tak disangka menyebabkan Puteri Aliya terjatuh dan terhantuk pada bucu tong sampah yang berdekatan.Farouq ternganga.Aiman segera mendapatkan Puteri Aliya.

‘Wei, kau jangan nak main kasar!’

Aiman memarahi minah di depannya. Mana boleh tahan bila princess nya yang kena serang.

‘Jangan sampai aku marah, Sha.Baik kau blah.’

Farouq memberikan amarannya dengan pandangan mautnya.Melihatkan pandangan Farouq yang semacam, dia berlalu dengan mulutnya yang terkumat-kamit tak puas hati.

‘Princess, sakit tak?’

‘Tak, sedap sangat, rasa macam nak lagi dan lagi.’

Puteri Aliya angkat dan tangannya memegang dahinya.Harap-haraplah tak biru.Inilah antara sebabnya dia malas nak menolong mamat berdua, kan ker dia sendiri yang menanggung akibatnya.

‘I’m sorry, Princess.Kal pun tak sangka dia bertindak macam tue.Sorry so much yer honey.’

Farouq memegang lengan Puteri Aliya dan memujuk.Dia juga kesal bila Puteri Aliya yang menjadi mangsa.

‘Takpe.’

Puteri Aliya menjawab sepatah.Hilang moodnya nak menjawab.Ni dahi aku yang benjol ni, sapa nak bertanggungjawab?Langkahnya terhenti bila Aiman menarik lembut badannya menghadap dia.

‘Mesti sakit.Meh Iman ubatkan.’

Cup! Satu kucupan lembut hinggap di dahi Puteri Aliya.Terpana.Farouq tergamam.

‘Dah okay sikit kan?’

Aiman bertanya lembut melihat Puteri Aliya yang terkebil-kebil memandangnya.

Cup! Satu lagi kucupan hinggap di dahinya.Farouq tersengih selepas mencium dahi Puteri Aliya. Hatinya tak tahan melihat Aiman mencium dahi Puteri Aliya, maka tanpa sedar dia juga turut berbuat demikian.

‘Iman! Kal! Korang ni ingat Aliya ni apa?Patung?Sesuka hati jer nak kiss-kiss..Hish, anak siapalah nie?’

Dengus Puteri Aliya geram.

‘Ala, apa nak malu?Dari kecil kita sama-sama, dah selalu kiss-kiss nie?’

Farouq berkata perlahan, lebih kepada mengusik Puteri Aliya.

‘Yalah Princess..’

Aiman menyokong.

‘Itu zaman Tok Kaduk jangan disebut, ini kita dah besar, tahu-tahulah batasan.Mangkuk hayun la korang nie.’

Puteri Aliya memuncungkan bibirnya.

‘Apa kata kita makan ice blended, nak tak?’

‘Nak..nak.’

Bercahaya mata Puteri Aliya bila minuman kegemarannya disebut.

‘Tapi kita lawan lari, siapa kalah, dia yang bayar.’

Spontan Farouq dan Aiman berlari meninggalkan Puteri Aliya yang terjerit-jerit tak berpuas hati dikenakan begitu.

**

Puteri Aliya tersenyum sendiri sambil membelek album lama di depannya.Gambar dia yang diapit oleh Farouq Haikal dan Aiman Ajmal itu dipandang lama.Tersenyum mengingat kenangan lama mereka.Suka duka bersama.Entah apa khabarnya mereka tika ini.

Puteri Aliya menutup kembali album di tangannya.Pandangannya dikitarkan pada sekeliling KLIA. Badan yang lenguh terasa segar bila menjejak Negara sendiri.3 tahun di Negara orang, melanjutkan study di sana membuatkan Puteri Aliya mampu menarik nafas lega bila study selesai dengan mendapat kejayaan.

‘Hi, May I sit here?’

Satu suara mengganggu ketenteramannya.Kepalanya dianggukkan tanpa memandang siapakah itu.Kacau daun betullah mamat nie.Album di tangannya dibuka semula.Tersenyum.

‘Cik, boleh saya duduk sini?’

Satu suara lagi menyapanya.Adoi, takde tempat lain lagi ker kat KLIA nie?Nak juga menyemak kat sini.

‘Duduklah.’

Puteri Aliya menjawab perlahan.Malas nak meramahkan diri.Mana pula mama dan papa nie?

‘Sombong awak yer.Mentang-mentang dah bertambah cantik.’

‘Yelah kan, orang dah gorgeous.’

Erk?Mamat dua orang nie mengata aku ker?Puteri Aliya masih berpura-pura tak peduli.

‘And awak dah makin tak mesra alam lah.’

‘Sayang nak buka mulut, kot-kot ada berlian ker.’

Amboi, pak cik berdua nie tak sayang mulut betul.Aku lempang sedas baru tahu.

‘Agak-agak bisu tak?’

‘Entah-entah pekak?’

Melebih sudah dorang nie.

‘Boleh tak jangan nak menganyam ketup……at’

Puteri Aliya memandang dua wajah di depannya yang sedang tersenyum menawan padanya.Tak percaya!Dicubit pipi kirinya.

‘Auch.’

Sakit!Bermakna dia tidak bermimpi.

‘Welcome back, Princess.Suprise.’

Tanpa membuang masa Puteri Aliya memeluk kedua-dua putera hatinya itu.Melepaskan rindu di dadanya.Tidak disangka inilah kejutan yang dikata oleh mamanya dalam telefon semalam.

'I miss you, both..'

Tersedu-sedu Puteri Aliya, menangis kegembiraan.Yalah, semalam mamanya bagitau Aiman dan Farouq takde dalam negara.Outstation!

'Miss you, Princess!'

Aiman membalas mesra dan kembali memeluk Puteri Aliya.Menghilangkan rindu yang terpendam di dadanya.

'Miss you so much, Princess.'

Farouq pula memeluk Puteri Aliya.Menatap kembali wajah princess nya itu melegakan kerinduannya.

'Dah..dah...takkan nak buat scene sebabak kat sini pulak.Sapa jadi driver hari nie?'

Puteri Aliya bergurau mengusik dua putera hatinya itu.Tergelak menampakkan lesung pipi nya.

'Hemm, we bet sapa lambat sampai basement itu yang akan jadi driver..'

Serentak itu Aiman dan Farouq berlari dengan membawa luggage nya.Puteri Aliya menjerit-jerit ditinggalkan.Adoi, tak matang sungguh pak cik berdua ni!

5 comments:

  1. whoaaaaaaaaa..
    cute gle....
    comey sgtt la..suke2..

    ReplyDelete
  2. hehehe.....klako ler...baru je tadi teringat kat hanna....ble la mak cik ni nk posting yg baru....bukak je blog, dh ade post baru....heheheh ske2....sambung lagik!

    ReplyDelete
  3. zaty....akk betui2 ketandusan idea nih...hahhaha...bsawang dah blog akk nieh...

    ecah...bmakna kite nie sehati bdansa...kekeke...tpaksa gak menaip tah apa2, almaklumlah idea tak mai-mai..hahhaa

    ReplyDelete
  4. wawawa...
    kemain meka tu yea..

    ReplyDelete
  5. sy igt akak nk buat aiman tu still dingin, ego...tp dlm hati suka dkt aleya tu...
    kal plk kool semedang...slalu jd org tgh bile aleya dgn aiman gadoh2...
    tp dah lain plk jdnye...
    tp saya enjoy je...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!