Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, December 29, 2008

Seindah Kasih episod 16

Sembap mata Kasih dek kerana menangis tak berhenti-henti selepas mendapat panggilan daripada papanya.

‘Acik,papa harap Acik bersabar banyak-banyak ya?’

Suara papanya seakan menahan tangis dihujung sana mendatangkan rasa ingin tahunya.

‘Apa pa?’

Hati Kasih mula berdegup kencang,janganlah ada perkara buruk yang menimpa keluarga ku,ya Allah,pinta hatinya.

‘Akak..akak..’

‘Akak kenapa?’

Kasih memintas dengan tidak sabar bila papanya tergagap-gagap.

‘Akak dah pergi meninggalkan kita Acik..selamanya.’

Kasih merasa dunianya berpusing laju.Jam seakan berhenti berdetik.Pandangannya kelam dan dia rebah di dapur.

‘Acik..’

Suara Encik Amir di hujung sana tidak berjawab.


*********************************************************************
‘Acik..Acik,bangun nak..’

Sayup suara seseorang menyeru namanya.Perlahan-lahan Kasih membuka matanya.Dipandang sayu Mak Longnya yang jelas kelihatan baru lepas menangis juga.Segera dipeluknya Mak Longnya,Kasih menangis hiba.Dia tak dapat menerima kenyataan tersebut.Terasa sebahagian dirinya turut sama pergi bila mendapat tahu akak kembarnya pergi jauh..jauh yang takkan kembali lagi..

‘Mak Long,katakan semua ini tipu belaka.Acik tak percaya.’

Sedu-sedan Kasih masih kedengaran.Air matanya mengalir lesu.

‘Sabarlah anakku.Dia lebih sayangkan akak daripada kita.’

‘Mak Long,akak janji takkan tinggalkan Acik bersendirian.Akak dah janji..’

Puan Nazirah mengusap lembut rambut Kasih yang mengongoi menangis dalam pelukan nya.Siapa tak sedih kalau kehilangan kembar kesayangan yang bak sebahagian diri lagi.

‘Sabar ya Acik…Mak Long ada dengan Acik.’pujuknya lembut,cuba untuk menenangkan Kasih yang masih tak dapat menerima kenyataan.

‘Acik,nak balik sekarang juga Mak Long.’

Kasih memandang sayu muka Mak Longnya dengan mata yang berair.Perlahan disapu air mata Kasih dan dikucupnya mesra dahi Kasih.

‘Esok last paper Acik,Mak Long janji kita balik esok sayang.’

Kasih pandang kosong Mak Longnya dan melangkah menuju ke biliknya.Dihempas lembut badannya ke katil.Fikirannya melayang entah ke mana. Dicapai frame gambar dia dan Qazrina yang berpelukan dan ketawa riang,dibawa ke dadanya,air matanya seakan tak mahu berhenti.

‘Akak…………..’

Tiada lagi yang membalas seruan kata hatinya. Cuba dilelapkan mata agar melupakan semuanya tapi kesedihan tetap bertamu di pantai hatinya.Tak sabar rasanya nak pulang esok.Harap dia sempat menatap muka akak nya buat kali terakhir.

2 comments:

  1. waaaaaaa....
    sedihnyer...
    dapt rse nieh taw kak hanna...
    mmg touching arh...
    huisy...

    ReplyDelete
  2. hu~
    cian gler...
    to0l kter zatie tuhs..
    har3!
    dh r kasih x smpt ngn sis dye...
    mmg sedey r~

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!