Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Monday, December 29, 2008

Seindah Kasih episod 18

Sudah seminggu Qazrina menghadap Illahi,seminggu itu jugalah Kasih asyik menangis.Kalau tidak menangis dia akan berkurung di dalam bilik arwah kakaknya.Termenung dan merenung jauh.Hanya dia sahaja tahu apa dalam fikirannya.

‘Sayang,jom makan.’

Puan Izzah mengusap kepala Kasih yang termenung di depa tv.Rasa seperti dia melihat Qazrina yang selalu termenung di situ bila mula-mula ditinggalkan Kasih ke luar Negara dulu.Cuba ditahan sebak yang bertamu di hati,tak nak menambahkan beban di hati Kasih.

Kasih mengangguk lesu dan mengikuti langkah mamanya.Kerusi ditarik perlahan.Makanan di depan mata dipandang kosong.Sungguh semua itu kegemaran dia dan arwah tapi seleranya mati.Segera punggung diangkat dan langkah diarah ke tingkat atas dan semestinya ke bilik arwah kakaknya.

Duduk bertongkat dagu di meja study arwah.Dipegang frame gambar mereka dan diusap lembut.Sejenak matanya tertancap pada satu buku yang seperti diari,warna pink.Warna pink warna kesukaan arwah.Air matanya mengalir lagi.Dibelek satu persatu muka surat diari tersebut.Matanya semakin berkaca-kaca.

‘Akak,kenapa pendamkan seorang diri?Acik kan ada...’Tangisnya hiba.

Diteruskan pembacaanya tanpa menyedari mamanya yang berdiri di depan pintu bilik sambil mengelap air matanya.Berlalu untuk mengelakkan Kasih bertambah sedih.

Kepalanya didongakkan seketika mengadah kipas yang berpusing.Pandangannya kabur.Tabahlah wahai hati.Tolonglah,pintanya dalam diam.

Muka surat terakhir ditatapnya,matanya berkaca lagi dan menitik di atas diari tersebut.

Acik,

Acik pernah berjanji akan menghadiahkan akak hadiah bila keputusan SPM keluar. Akak nak tuntut janji di sini. Acik, andai kata akak pergi jauh,pergi yang tak akan kembali.Akak nak Acik berjanji membahagiakn papa dan mama.Ikutilah segala kemahuan mereka. Aciklah harapan akak untuk melaksanakan impian mereka.Bila tiba masanya,Acik akan tahu apa impian mereka.Sayangilah mereka selama-lamanya,dengan itu akak boleh pergi dengan tenang. Bukan akak sengaja merahsiakan penyakit tapi akak takde pilihan lain.Harap Acik memaafkan akak. Berhentilah menangis mahu pun bersedih dik.Bangkitlah seperti Acik yang akak kenali,bahagiakan orang tua kita dengan senyuman Acik. Last sekali, Acik tahu kan betapa akak minta bidang ‘law’,tapi takpelah.Acik kena teruskan pengajian Acik dan jangan sesekali berputus asa.Akak sentiasa bersamamu,Nur Kasih.

‘Seindah Namamu,Sebegitulah Kasihku.’

Salam sayang,
Nur Qazrina.

Diari arwah dipeluk sekuat hati dan dia berbaring di atas katil arwah.

‘Akak,Acik akan berusaha menunaikan permintaan biarpun pahit mana pun.Dan Acik berjanji akan menukar bidang Acik kepada ‘Law’.Kebahagiaan papa dan mama akan menjadi perkara pertama dalam hidup Acik…’
Kasih akhirnya terlelap di situ.Lelah dengan perjalanan hidup yang tak semestinya indah bercahaya,adakalanya mendung menyapa.

5 comments:

  1. eeeiii..
    kak hanna........
    sedehnyer.....
    adooyyy...

    ReplyDelete
  2. ermmm...
    s0b...s0b gak r...
    adei!!!
    ciannyer...
    kna tuka 'law' r...
    hu~

    ReplyDelete
  3. waaa....nangis plak ble bce part ni...huahuahua...

    ReplyDelete
  4. waaaa...
    xtahan da ni...
    naper sdih sgt ni..
    ujan lbat da ni...:(

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!