Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, December 27, 2008

Seindah Kasih episod 3

Salam yang dihulur di hujung talian segera di jawab oleh Qazrina.

‘How are you my dearest akak?’

Riang Kasih menanya khabar Qazrina. Terukir senyuman di bibir Qazrina mendengar suara Kasih.

‘Akak sihatlah.Acik pulak?’

‘Oklah kak.Cuma belum ramai member kat sini.’

‘Nak akak carikan ker?’

Gurau Qazrina sambil ketawa. Memang tak sah kalau tak mengenakan Kasih.

‘Boleh gak. Apa kata akak guna jer LRT dari KLIA tue..direct jer pegi sini.’

‘Ish,,mengarutlah acik nie?’

‘Sape mula tadi eh?’

‘Yelah…akak ade class jap lagi..Malam nanti akak call acik.’

Klik. Talian diputuskan. Qazrina menahan sakit di kepalanya yang terasa seperti dihempap batu bata 20 kg jer..Mungkin sebab aku selalu lambat tidur tak?bisiknya menyedapkan hati sendiri.Langkah diatur menuju ke library sekolahnya di mana dia berjanji akan berjumpa dengan Sasha tentang subjek Biologi yang langsung tidak menarik minatnya.

‘Sorry Sha, aku ada hal tadi. Nanti aku belanja kau pekena horlick ais kegemaran kau tue.’

Sasha yang masih dengan wajah cenberutnya dipandang lama. Tanpa disedari oleh Sasha, jemari runcing Qazrina sudah menggeletek pinggangnya, itulah satu-satunya kelemahan dia.

‘Weh, main buyuk nampak.’

Mata Sasha dijegilkan. Kononnya nak Qazrina takut dengannya tapi disambut oleh ketaw Qazrina.

‘Sorry la Sha, baik kau tengok muka kau kat cermin tika ini.Hihi..’

Sasha akhirnya tumpang sekaki ketawa dengan Qazrina. Ish, kawan aku nie tak saman betul. Nasib kaulah Sha dapat kawan macam Rina nie.Dia sedar mereka mula rapat selepas kembar Rina menyambung sekolahnya di luar negara.

‘Kau ni Rina, bawa bertenang. Kot ye pun nak gelakkan aku, berpada-padalah sikit. Ni library tau.’Dijelingnya Qazrina yang masih menayang giginya itu. Qazrina yang masih dengan sisa ketawanya tiba-tiba terasa Sasha di depannya berubah menjadi tiga dan makin lama makin blur je penglihatannya dan kelam…

‘Rina….’

Jeritan Sasha mengejutkan pelajar yang membaca dan mengulangkaji di library. Qazrina segera diangkat ke bilik rawatan sekolah.Sasha setia menemaninya.

‘Urghh..’

Erangan suara Qazrina mengejutkan Sasha yang leka memandang ke luar tingkap.

‘Rina, syukurnya kau dah sedar.’

‘Sedar?’

Dahi Sasha berlapis. Aik, takkan la Rina tak sedar diri tue pengsan, ingat tidur ker?

‘Kau pengsan masa kita kat library tadi. Dah 2 jam kau tak sedar. Naik risau aku tau tak?Rina kau ada sakit apa-apa tak?’bebel Sasha. Qazrina cuba mengingat kembali tapi kepalanya yang masih berdenyut-denyut menghalangnya.

‘Kau ada bagitau mama aku tak?’Soalan Sasha dibiarkan Qazrina sepi kerana dia tak ada jawapan untuk soalan itu.

Sasha geleng kepala. Manalah dia terfikir nak menghubungi Puan Izzah sedangkan dia sendiri pun kelam-kabut.

‘Baguslah kalau begitu. Aku tak nak mama risau pula.Lagipun tinggal seminggu lagi kita nak SPM.Sha, aku harap kita tetap menjadi kawan walaupun tak sama U nanti.’

‘Haa,apa kata kita apply U yang sama nanti Rina?’

‘Set.’

‘Friends Forever.’

‘Tapi aku nak ambik bidang glamer la Rina.’

‘Kau nak jadi apa?’

‘Pelakon kot.’

‘Tunggulah lepas dapat ijazah.’

‘Set.’

Qazrina menguntum senyum dengan kesudian Sasha terus berada di sisinya menggantikan tempat Kasih walau tidak sepenuhnya.

3 comments:

  1. kn dh kter...
    hihihi..
    dh ade tnde2 tuhs>>>
    adei~!!!
    cian to0l la...
    hak3...

    'Akak, Acik akan berusaha menunaikan permintaan akak..biarpun...'

    ayt yg k.swit 2lis niex..
    hak3...
    truly>>.
    x sbr nk tau permintaan "qazrina"
    untk adeknya yg t'chenta."kasih"
    aisey~
    besh!!!

    ReplyDelete
  2. adooyy...
    yela kot uny...
    hihi..
    'weh,main buyuk nampak'
    hihi...

    kak,ayt nieh cm slah eje je....
    hihi...
    best2...

    ReplyDelete
  3. buyuk tuh ape erk?zatie dgn uny ni mcm2 lah....:yaty

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!