Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, December 28, 2008

Seindah Kasih episod 5

Kepala yang berdenyut-denyut diramas-ramas perlahan.Dua biji panandol ditelannya tapi keadaannya masih juga begitu.Akhirnya Qazrina mengambil tindakan untuk ke Klinik Mastura yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.

'Morning mama,papa.'

'Akak,apa mimpi awal bangun nie?'

Pipi Puan Izzah dan Encik dicium mesra. Seketika kemudian,Qazrina mengambil tempat duduk di sebelah mamanya.

'Pa,akak tumpang pa nanti,boleh tak?'

'Akak nak pergi mana?'

Encik Amir memandang Qazrina yang sedang menghirup air milonya.

'Klinik Mastura.'

'Nak mama temankan tak?'

'Takpelah ma, lagipun tak lama.'

'Kalau macam tu, abang minta diri dulu Iza. Jom,akak.'

Langkah papanya dituruti setelah menghabiskan minumannya.Tangan Puan Izzah dicapai dan dicium lembut.

'Nak papa temankan ker?'Soal Encik Amir ketika pemandunya memberhentikan kereta di depan Klinik Mastura.

'Takpe pa.Akak ok la.'

'Really?'

Kepala Qazrina diangguk berulang kali sambil tersengih.Seperti biasa,dia mencium tangan papanya.

'Hati-hati.Call papa kalau ada apa-apa.'

'Set,boss.'Tersengih.

Kereta papanya semakin menjauh dan Qazrina mengatur langkah ke dalam Klinik Mastura.

**************************************

Qazrina yang mundar-mandir di depan kaunter klinik itu tersentak bila nama nya dipanggil.Tidak sabarnya rasanya mengetahui keputusan x-ray yang baru dijalankannya.Dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan kerana sudah tak tahan dengan kesakitan di kepalanya yang semakin kerap dan menyebabkannya pengsan.

'Macam mana doktor?'Tanya Qazrina sebelum doktor yang memakai tag nama 'Daniel' memberitahunya.

'Cik Qazrina dah lama ke sakit kepala macam nie?Pengsan ker?'

'Dari kecil..'

'Kalau begitu,saya harap Cik Qazrina bersabar dengan berita yang akan saya sampaikan ini.'Lembut suara Dr. Daniel bagaikan memberikan sedikit kelegaan untuk Qazrina walaupun hatinya dah tak keruan.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan bibirnya menguntum senyum untuk Dr. Daniel tanda dia sudah bersedia mendengar keputusan tersebut.

'Cik Qazrina, dari ujian yang telah saya jalankan,saya dapati ada ketumbuhan di otak Cik Qazrina.Kesan daripada ketumbuhan itu yang selalu menyebabkan Cik Qazrina sakit kepala teramat sangat dan kadang-kadang pengsan...'

Ayat Dr. Daniel membuat dunia Qazrina berputar ligat dan pandangannya semakin kabur.Dr. Daniel panik dan segera memanggil nurse untuk menolongnya memindahkan Qazrina yang pengsan ke wad biasa sementara menanti dia sedar.

****************************************

Perlahan mata Qazrina terbuka.Dipandang sekelilingnya yang serba putih.Dimanakah aku?monolog hatinya.Seketika mengingat,dia masih di Klinik Mastura rupanya.

'Alamak, mesti mama risau.'

Spontan Qazrina angkat dari pembaringannya.Kepala yang masih berdenyut ditahannya.Kaki dilangkah keluar.

'Cik Qazrina..'laung Dr. Daniel menghentikan Qazrina. Dipandang Dr. Daniel yang termengah-mengah,mungkin mengejarnya.

'Ini dia details penyakit Cik Qazrina dan juga appoinment dengan doktor pakar.'

'Terima kasih doktor.'

Salam diberi setelah beberapa langkah menapak dan Qazrina kembali meneruskan langkahnya.Berhenti di depan kaunter pembayaran dan mengambil ubatnya.Dia harus cepat pulang supaya mamanya tidak bertanya lebih lanjut.


6 comments:

  1. finally>>>
    t'b0ngkar jugak rahsia!!!
    ermm...
    cian Qazrina...
    h0h0h0...

    ReplyDelete
  2. iskk22...
    xkan mse kecik mama dye xpasan ek...
    isk2..

    ReplyDelete
  3. ksianyer....hanna...kan dh kata msti blh pnye bt cerita...tgk..ramai yg bc..ok lah tu..he3 :yaty

    ReplyDelete
  4. haah laa..x kn la mk dy x sdor kn...plek ckit cter ni tp masyuk gk larhh...hehehe...wahh, comment ku pd ta0n 2009 larhh!!!!

    ReplyDelete
  5. selalu sangat dah baca cerita kat mana2, sama je jalan ceritanya, kalau selalu kepala pening2, lepas tu diagnose kena barah otak, lepas tu orang tu meninggal...ending ...sad story....

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!