Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Saturday, February 7, 2009

Seindah Kasih episod 32

Setelah berfikir secara rasionalnya, Jamal memutuskan untuk tidak terlibat dengan perempuan licik tersebut. Dia tidak mahu terus menganiaya Kasih yang tidak bersalah. Hati perempuan tersebut yang penuh dengan dendam yang tak bertepi, kenapa harus menyalahkan orang yang tak bersalah pula! Jamal dah penat berurusan dengan perempuan licik itu.

‘Apahal pula tiba-tiba nak jumpa aku nie?’

Jerkahan di tepinya menyentakkan Jamal dari lamunannya. Wajah bengis di depannya dipandang selamba.

‘Betapa kau pandai berlakon menutup perangai sebenar kau. Hati kau ternyata lebih hitam dari high heel yang kau pakai tue.’desis hati Jamal namun tak diluahkan di bibir.

‘Aku nak pulangkan duit ganjaran nie!’

Perlahan disua duit ganjaran yang langsung tak terusik jumlahnya. Nyata perempuan itu terkejut.

‘Apa pula masalah kau?’

‘Takde apa-apa masalah. Aku tak ingin melibatkan diri lagi dalam permainan kotor kau nie.’

Jamal memandang berani wajah yang jelas marah dengan penolakannya.

‘Oh..pandai menolak sekarang nie.Kau ingat aku akan lepaskan kau ker?’

Jamal hanya mengangkat bahunya sebagai balasan dan mula melangkah menjauhi perempuan licik itu.

‘Jamal, kau tak akan terlepas dari genggaman kau.’

Jerit perempuan tersebut tak puas hati.

‘Bertaubatlah Cik Sasha, takkan selamanya kau nak berdendam atas perkara remeh macam tue. Bukan seorang jer lelaki di dunia ini. Takkan masih tergila-gilakan suami orang pula.’

Jamal tersenyum puas bila akhirnya dia dapat meluahkan rasa di hatinya sebelum berpaling kembali dan meneruskan langkahnya.

‘Cilaka kau Jamal.Tanpa kau pun aku dapat musnahkan perempuan keparat tue.Berambuslah.’

Sasha melepas geramnya dengan menendang kerusi di tepinya. Matanya sarat dengan api dendam terhadap Kasih yang mendapat kasih- sayang suaminya.

‘Jagalah kau Kasih…’

**

‘Sorry, Jamil,Kasih terlambat. Tadi menunggu Pak Mat menghantar mama balik rumah dulu.Eh…’

Kata-kata Kasih termati bila matanya terpandang dua orang Jamil di depannya.Keliru!

‘Aik, aku tak salah tengok rasanya?’soal hatinya.

Spontan jemarinya menggosok mata, takut kalau dia masih mamai pula. Masa Jamil mengajaknya berjumpa, dia sedang sedap tidur di sofa rumahnya.

‘Jamil, ini siapa?’

Alangkah bodohnya soalan yang keluar di mulut Kasih tika itu. Rasanya kanak-kanak kecil pun tau jawapannya.

‘Duduk dululah Kasih. Kenalkan kembar Jamil, Jamal.’

Jamal menghulurkan tangan untuk bersalam. Kasih masih blur namun tangannya tetap dihulur untuk berjabat dengan Jamal.Sungguh dia tak dapat membezakan antara Jamil mahupun Jamal. Kalau dapat pun hanya kerana Jamil memakai T-shirt biru sementara Jamal memakai T-shirt merah.

‘Jamal. Ingat tak masa Kasih menumpangkan Jamal hari tue..Itu bukan Jamil tapi Jamal.’

Jamal menayang sengihnya. Jamil ikut sama mengiyakan.Kasih pula melongo.

‘Betul-betul seiraslah.Boleh keliru, memang keliru pun kalau pandang sekali, dua kali pun masih blur..’

Kata-kata Kasih mengundang kembar di depannya. Sektika dia teringat arwah kakaknya.Betapa dia merindui dia bila ternampak kembar di depannya yang jelas kelihatan akrab.

‘Oh ya, apahal pula Jamil nak jumpa Kasih nie?’

Mata Kasih memandang tepat Jamil. Jamil pula memandang Jamal.

‘Jamil rasa baik Jamal yang bercerita.’

Pandangan Kasih beralih pula ke arah Jamal.Jamal mula bercerita, tiada satu pun yang tertinggal .Kasih melopong. Terkedu.

‘Sampai begitu sekalikah bencinya Sasha padaku?Hanya kerana suamiku yang bernama Rizal Amri, kekasihnya sebelum menikahi aku?’

Kasih bersoal jawab di dalam hati.Berita yang baru disampaikan oleh Jamal menyesakkan nafasnya.Mindanya tidak dapat berfungsi tika ini.

‘Kasih, Jamal nak minta maaf atas segala kelakuan Jamal yang menyebabkan Kasih mungkin tercedera..’

‘Thanks Mal…atas kejujuran Mal nie..Kasih maafkan Mal..’

‘Terima kasih untuk Kasih juga kerana sudi meluangkan masa dan memaafkan Jamal.’

Jamil mencelah. Kasih tersenyum dengan keakraban kembar tersebut.

‘Lepas nie,Kasih berhati-hatilah ya.’

Jamal memperingatkan Kasih.Kasih mengangguk sambil tersenyum.

‘Kawan?’

Serentak Jamal dan Jamil menanya.

‘Kita kawan.’

Kasih membalas dan berterima kasih dengan kejujuran Jamal dan Jamil.Kasih meminta diri untuk pulang, takut Pak Mat menunggu lama di dalam kereta.

‘Akak, alangkah bagusnya kalau kita macam mereka…..’

Kasih menyeru di dalam hatinya sambil melangkah pergi.

3 comments:

  1. woaa!
    yess yess.
    bestnya kasih da tao niat "murni" shasha :)

    ReplyDelete
  2. murni pe nye wany.
    tu bukan murni tp murnok.
    agagag.
    aku xtau mksud murnok 2 pe.
    he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. hmm murnok bukan ker p'kataan yg b'lwn ngan murni.?? Rasa cm prnh dengar jer bnda alah 2 tp kt maner ek??

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!