Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, February 8, 2009

Seindah Kasih episod 36

SETAHUN BERLALU….

Pernikahan yang diinginkan oleh Sasha menjadi miliknya jua tapi Rizal makin membeku dan dingin.Hidup sebumbung tapi ibarat orang asing saja lagaknyaMasing-masing punya kehidupan tersendiri.Rizal pula banyak menghabiskan masa di biliknya sendiri. Baginya, nikah itu hanya di atas kertas saja. Bagi Rizal, hanya Kasih yang berada di hatinya,selamanya.

‘Kasih..di mana kau sayang?’

Sejak kehilangan jejak Kasih, Rizal dah menjadi pemurung.Hidupnya diabdikan dengan kerjanya. Sasha langsung tak dihiraukan langsung. Hatinya jijik memandang wajah Sasha apatah lagi nak menyentuhnya. Menyesal tak sudah kerana mengenali Sasha yang bertopengkan wajah cantiknya tapi hatinya pula dipenuhi dengan dendam.

‘Am..apa kau buat nie?’

Sergahan Sasha mengejutkan Rizal yang sedang membelek gambar lama Kasih.Direbut gambar di pegangan Rizal dan dikoyak.

‘Apa kau buat nie Sasha?Hak akulah nak tengok gambar isteri aku!’

Terjegil marah Rizal bila melihat cebisan gambar Kasih yang dikoyak oleh Sasha.Perempuan ini dah gila!

‘Aku nie baru isteri kau!Bukan perempuan keparat tue!’

Jerit Sasha lantang.Rizal hilang sabar dengan perangai angin Sasha yang dirasakan keterlaluan.

‘Pangg…’

Tidak terasa tangannya menjamah pipi Sasha yang jelas terkejut dengan tindakannya.

‘Am..how dare you?’

Sasha menjerit marah.

‘Itu habuan untuk orang seperti kau. Jangan sesekali kau mengatakan Kasih perempuan keparat.’

Rizal memandang tajam muka Sasha yang jelas merah selepas ditamparnya.

‘Huh!Aku takkan lepas Kasih kau tue selagi aku hidup tau.’

‘Kau cabar aku,Sasha?’

‘Ya!’

Baik Sasha mahupun Rizal saling meninggikan suara pada satu sama lain.

‘Aku ceraikan kau dengan talak satu.’

‘How dare you,Rizal Amri!’

Sasha terus keluar dengan mencapai kunci keretanya.Membawa hatinya yang sakit dan mencari Kasih..

‘Kasih,aku takkan lepaskan kau selagi aku hidup.Hahaha..’

**

Rizal yang sedang khusyuk menyelotep kembali gambar Kasih yang dikoyak oleh Sasha sekali lagi terkejut dengan deringan handsetnya yang menjerit minta disambut. Segera ditekan.

‘Hello, Encik Rizal, isteri awak terlibat dengan kemalangan dan sekarang sedang dikejarkan ke hospital.’

Rizal pening.Kasih ker?

‘Maksud saya Puan Sasha.’

‘Oo…’

Talian diputuskan. Rizal masih memandang gambar yang baru dibaikinya itu.Dengan hati yang tidak rela, dia mengambil kunci kereta dan mengunci pintu rumahnya.Kereta dipandu biasa saja menuju ke hospital yang disebut oleh pemanggil tersebut.

‘Encik Rizal?’

Rizal disapa oleh seorang doctor bila saja dia sampai di depan kaunter hospital tersebut.

‘Ya,saya.’

‘Maafkan kami sebab tak dapat menyelamatkan Puan Sasha.Dia mengalami kemalangan yang teruk hingga menyebabkan pendarahan di otaknya..’

Rizal hanya menganggukkan kepalanya.

‘Mayat Puan Sasha boleh dituntut selepas ini.’

Sekali lagi Rizal hanya menganggukkan kepalanya. Dia pun keliru!Entah apa yang dirasanya saat ini, dia sendiri pun tak tahu.Kakinya diatur mengikut langkah doktor tersebut.

**

‘Ishh..kesiannya muda-muda dah meninggal.’

Puan DeLuna mengeluh bila membaca berita tentang kemalangan yang meragut nyawa seorang artis terkemuka semalam.

‘Apa ibu?’

Kasih menanya sambil menuang air oren yang baru dibawa dari dapur.

‘Cuba Kasih baca nie..’

Puan DeLuna menghulurkan suratkhabar pada Kasih.Kasih segera menyambut dan hatinya tersentap.

‘Sasha…’

Turut dimuatkan di situ wajah Rizal yang memaparkan dirinya yang tiada komen apa-apa..Sedihkah dia?Kasih berpura-pura seperti dia tak mengenali wajah yang tertera di situ.

‘Kesian kan, Kasih?’

‘A’ah ibu..Ibu, masuk bilik dulu ya.’

Puan DeLuna menganggukkan kepalanya.Kasih mengatur ke biliknya. Tubuhnya dihempaskan ke katil. Fikirannya menerawang jauh.

‘Abang…..’

9 comments:

  1. lah..asal dorg nikah jg ni..rizal kn blh je klo x nk nikah..syasya ni mngada btl lh..

    ReplyDelete
  2. sasha meninggal?
    yeke ni?
    kang tetibe hidop blk.
    ehehe..
    :D

    ReplyDelete
  3. hanna smbng lah lg....nti blh bt cite lain plak..he3..suke2 ht je nk suh org ek?he3..good luck hanna..

    ReplyDelete
  4. alamak keyboard jgn lh ckp mcm tu..bialah syasya tu mati...jgn lh hdp blik..

    ReplyDelete
  5. kompem ke si sasha nie mati??
    nta myt owng len..
    si sasha nieh berkomplot ngn doc uh....
    owng jht cm si sasha nieh bkn ley cye sgt..
    huhu..
    smbung2 kak hanna...

    ReplyDelete
  6. Hahaha..Hanna dah tersengih-sengih bace komen korang nie..adui...sabo2 yer...

    ReplyDelete
  7. tol2 wany.
    tah2 idop lek.
    cum xcye je shasha mati.
    agagag.
    he3.
    terimalah akibatnye shasha oi.
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. Haah.. Jgn2 tol dier leh idup blk.. Komplot br kot..

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!