Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, February 8, 2009

Seindah Kasih episod 38

‘Am..ini invitation card untuk menghadiri annual dinner syarikat anak Dato’ Imran.’

Kad yang dihulur padanya disambut malas.Dipandang muka Kamarul acuh tak acuh. Sekarang dia makin malas menghadiri majlis-majlis penting, selalunya dia mewakilkan Kamarul saja.

‘Kenapa tak kau saja wakil syarikat kita Rul.’

Tiada bahasa formal antara dia dan Kamarul. Dah terbiasa begitu melainkan bila mesyuarat baru Rizal menggunakan bahasa yang sepatutnya.

‘Dia cuma invite CEO….aku nie CEO ker? Cuma Emak Orang jer….’

Kamarul bergurau.Rizal tertawa hambar.

‘Aku bukan emak orang yer…’

‘Tahu pun…malam nanti,jangan lupa pula..Kau nie makin pelupa pula sekarang nie..’

Kamarul sedar segalanya berpunca dengan kehilangan isterinya,Kasih. Rizal hanya memikirkan kerja..kerja..dan kerja saja.Kalau meeting luar semua, memang Kamarul yang diwakilkan menggantikan dirinya.

‘Yalah tapi…’

‘Takde tapi-tapi…’

‘Kau nie membebel mengalahkan papa aku lah..’

Kamarul tertawa kecil.

‘Memang patut pun..Kalau tak, kau akan macam nie juga..otak pun tak berkembang menghadap kertas kerja tue..boleh juga kau cuci mata nanti..’

Rizal hanya tersengih. Sampai ke situ pula fikiran Kamarul tapi bagi dirinya,hanya Kasih yang mampu menarik minatnya.

‘Pandailah..dari mana kau copycat teori tue?’

‘Adalah somewhere…hahaha..Okaylah, tak nak kacau kau lagi..Ingat tau…’

Kamarul berlalu dengan tawa yang bersisa.Rizal hanya mampu menggeleng.

‘Malasnya….’

Benar!Dia sangat malas menghadiri majlis sebegini sejak setahun yang lalu. Hatinya mati untuk semua itu.

**

‘Wah, lawanya Kasih malam nie.’

Puji Jamil yang duduk di ruang tamu rumah. Jamal dan Puan DeLuna sama memandang.Turut sama memuji dalam hati.

‘Hari lain tak cantik ker Mil?’

Usik Kasih yang kelihatan ayu dalam kebaya sutera mengikut bentuk badannya. Rambutnya disanggul kemas sesuai dengan make up nya.

‘Cantik Cuma malam nie lebih sikit jer.’

Jamal menyampuk. Berderai ketawa mereka di situ.

‘Ibu..tengok Mil dan Mal membuli Kasih..’

Adunya pada Puan DeLuna dengan nada manja.Puan DeLuna cumpa tersenyum. Tak habis-habis!

‘Dahla Mal..nanti terlambat pula.’

Arah Puan DeLuna pada Jamal supaya berhenti mengusik Kasih. Kasih segera menyalami Puan DeLuna sebelum menuju ke kereta.

‘Hati-hati drive Mal.’

Jamal mengangguk sebelum memandu pergi.

**

Lagu yang dimainkan oleh DJ Radio ERA tak mampu mendamaikan hati Rizal yang sedang memandu ke hotel yang tertera pada kad jemputan tersebut.

Entah kenapa hatinya seperti berdebar-debar pula. Makin dekat, makin terasa debarannya.

‘Apakah maksudnya nie?’

Dia bercakap sendirian. Nasib baik dalam kereta, kalau kat luar, sah orang ingat dia mereng.

‘Akhirnya..sampai juga kita kan?’

Kasih bersuara gembira melihat kerlipan lampu pada ballroom tersebut. Ramainya orang!

‘Yalah…ramai juga undangan syarikat Kasih nie..’

Jamal mengumam perlahan.

‘Memang ramai.Tak sangka pula kan?’

‘Akhirnya muncul juga tuan puteri…’

‘Ade ker putera raja yang disediakan untuk beta, wahai dayang.’

Tangan Farina singgah di lengan Kasih yang menayang sengihnya.

‘Wah..ada prince charming baru melangkah masuk..’

Zaza mencelah. Farina turut sama memandang.Kekaguman!

‘Kalau dikira dari bintang, Ina bagi 4 setengah star la…rugi Kasih tak nak pandang oo..’

‘Yalah Kasih….’

Ayat Kasih termati di situ…lidahnya kelu…Wajahnya berubah pucat..Tidak mungkin dia!

8 comments:

  1. mntk2 kasih napak suami dye :)
    dn dpt trime.
    fuhh! :D

    ReplyDelete
  2. ni mesti si rizal kn?
    memang suspender btul la..
    hope hepy ending..
    x mau sedihh2

    ReplyDelete
  3. eeiii..
    kasih jmpe am.........
    suspen giler...
    kak hanna nie mendera orang taw..
    isk2...
    nk lgi,,nk lgi...

    ReplyDelete
  4. rizal2..
    harap2 he still deserve 4 2nd chance

    ReplyDelete
  5. Jeng jeng jengg.. Saper ek??? Rizal kot. Xkan sasha pulak.. Rasa cm kat teka n menang la pulak. he2...

    ReplyDelete
  6. yeay~! kasih da jmpe am balik!! kan kan? heee:D

    ReplyDelete
  7. kenape 4 setengah bintang je yang ina nak bagi...hehehe overall best...
    nurul 0_^

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!