Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Sunday, February 8, 2009

Seindah Kasih episod 39

Selendang pink Kasih dicium lembut, Rizal tersenyum kembali. Akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan Kasih. Makin menawan Kasih sekarang pada pandangan matanya sekarang, menggetarkan hatinya. Dia tak ingin kehilangan lagi. Kembali teringat bagaimana reaksi Kasih yang terkejut dengan kehadirannya di majlis itu. Dia pun terkejut sama melihat wajah pucat yang memandangnya.

‘Kasih….’

‘Do I know you?’

Kasih membalas endah tak endah.Meluat memandang senyuman Rizal yang membuatkan dadanya berdetak hebat.

‘Kasih tak kenal abang lagi ker?’

Kasih berpura-pura tidak mengenali Rizal di depannya yang jelas kelihatan kacak di dalam sut hitamnya. Kemas dan memikat!Kasih, sedarlah dia siapa?

‘Tak kenal pun.’

Ayat Kasih umpama letupan bom di hatinya. Takkanlah pelanduk dua serupa di depannya.Matanya belum rabun untuk mengenali wanita menawan di depannya dan itulah Kasih nya…

‘Betul ker?’

Anggukkan kepala Kasih mengecewakan hati Rizal. Kuntuman rindu hatinya kembali layu.

‘Kalau macam tue, saya minta maaflah kerana tersilap orang.’

Rizal membawa dirinya ke kelompok lain. Ditahan hatinya yang kecewa. Tak mungkin dia tersilap orang!Baginya wanita itu memang Nur Kasih nya..haruman yang sama, jadi tak mungkin dia tersilap.Dia pening!

‘Tak baiklah Kasih menipu tadi.’

Jamal berbisik perlahan.

‘Biarlah Mal, mungkin tiada jodoh antara kami..Kasih tak ingin mengulangi kelukaan itu.’

‘Mal sebagai lelaki faham bahawa dia masih cinta dan sayangkan Kasih punya.Dari sinar matanya yang bercahaya menegur Kasih pun terpancar betapa dalamnya cinta dia..Jangan Kasih menyesal pula nanti.’

Panjang lebar ceramah Jamal tidak masuk kepala Kasih, dia sendiri tak dapat menahan rindunya bila suara tersebut mencecah pendengarannya.

‘Abang..maafkan Kasih.’

Dalam diam merintih.Berpura tidak mengenali Rizal umpama menghiris perasaannya sendiri.

‘Kasih balik dulu Mal..Mal temankan Zaza ya..’

‘Kasih naik apa?’

‘Teksi.’

Rizal yang memerhatikan wajah muram wanita yang disangkanya Kasih tadi mengekori langkah wanita tersebut.

‘Awak buat apa ikut saya nie?’

Kasih berhenti mengejut dan menanya Rizal yang jelas terkejut bila dia berhenti tiba-tiba.

‘Jangan nak tipu abang…memang Kasih kan?’

‘Kan dah kata bukan Kasih tadi..’

Kasih masih berdegil dengan pendiriannya.Rizal menarik nafasnya untuk menjana kesabaran.

‘Tapi kawan-kawan kan panggil Kasih tadi..’

‘Abang jangan ganggu Kasih la..’

Jerit Kasih kecil sambil menangis berlari meninggalkan Rizal yang tercengang namun dia turut sama berlari mengejar Kasih.

‘Jangan tinggalkan abang lagi ya sayang..’

Saat itu tubuhnya menghimpit Kasih ke keretanya hinggakan dia dapat menghidu haruman badan Kasih. Kasih masih menangis kecil.Membiarkan dirinya dipeluk oleh Rizal.Sungguh dia sendiri keliru tika ini.

‘Tolong jangan tinggalkan abang lagi,please..’

Saat bibir Rizal hampir mengucup dahinya, Kasih menolak kasar badan Rizal dan berlari menuju teksi yang menunggu di situ. Hanya selendangnya saja dapat dicapai oleh Rizal.Itu sudah mencukupi bagi Rizal.


‘Kasih, akan ku seru kasihmu walau ke hujung dunia sekalipun…’

Selendang Kasih menjadi peneman tidurnya malam itu..Tidurnya lebih lena dari malam sebelum ini.Berharap esok akan ada nya kebahagiaan untuk dia dan Kasih.

**

Sejak hari itu, Rizal selalu menghubungi Kasih.Namun, reaksi yang diberikan Kasih menghampakan dirinya saja.Pelbagai cara digunakan untuk melembutkan hati Kasih termasuk menghantar bunga favourite Kasih, bunga lily..

‘Kasih, terlampau besarkah kesalahan abang…’

Rizal mengeluh sendiri. Malah, Jamal,Jamil,Farina dan Zamri pun sedar bagaimana dia berusaha mencairkan hati Kasih yang membeku. Walaupun Kasih melayannya tetapi dia inginkan lebih dari itu. Dia inginkan Kasih yang menjadi teman berbicaranya, menemani tidur dan hari-harinya..Kalau dikira-kira hampir tiga bulan Kasih melayannya endah tak endah lagaknya..Ada masanya dia melihat mata Kasih turut mengungkap rindu dan sayang padanya tapi empunya badan tetap dengan degilnya.

‘Macam mana lagi abang nak melembutkan hati Kasih nie….’

Rizal sudah habis daya upaya nya.Deringan handsetnya mengejutkan dirinya.Segera disambut malas.

‘Zam…’

Rizal tersengih dengan idea Zamri dan Farina. Adui, dia sendiri pun tak pernah terfikir nak berbuat begitu.

‘Tapi…’

‘Tapi apa Am?’

Farina pula megambil alih berbual-bual dengannya.

‘Am takut Kasih lagi menolak Am kalau guna cara macam tue..’

‘Am nak kehilangan dia lagi ker?’

Sinis pertanyaan Farina menyebabkan Rizal menelan air liurnya. Mestilah dia tak sanggup kehilangan Kasih sekali lagi.

‘Of course not..’

‘Tahu pun..’

‘Bila lah nak buat planning tue?’

Rizal menanya dalam nada tak yakinnya.

‘Esok hari minggu kan..Biasanya dia akan ke market tak jauh dari rumah dia.Nanti Mil dan Mal akan join sama.’

‘Err..’

‘Don’t worry Am..Kasih tue masih sayangkan kau sebenarnya cuma degil dan ego sikit.’

Zamri pula bersuara kali ini.

‘Thanks guys…Am tak tahu nak kata apa..’

‘It’s ok..kitorang pun nak kawan kita bahagia…’

Farina menghulur salam sebelum memutuskan talian. Rizal tersenyum hambar, tidak yakin sepenuhnya dengan rancangan mereka.

5 comments:

  1. wah wah!
    ade sokongan padu drpd kwn rizal!
    :D

    ReplyDelete
  2. ngeeee...sweet sgt ble rizal cium selendang kasih tuh..
    bley bygkan nieh..
    hehe..
    ske2..

    ReplyDelete
  3. ko zaty lebih lak.
    agagagag.
    aku pon dpt imagine act.
    he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. wah zatie gatal erk...perg hanna..jiwang tuh...he3...

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!