Salam yer semua...sorry la sebab hanna dah makin jrg update blog hanna memandangkan komitmen kerja yang makin banyak.

143, cintakah? - akan di 'hold'.harap semuanya bersabar.

KP - Hanna akan cuba masukkan n3 seterusnya tapi mungkin mengambil masa juga.

иєω єитʀγ :


Cerpen : Al.Fa

KP : Kali Pertama **new..harap dapat mengubat kerinduan pembaca KP..(de ker org yg baca?hahaha)

Lυν,

♥♥Hαηηα


Thursday, February 5, 2009

Seindah Kasih episod 27

‘Terima kasih ya Jamil.Terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak tadi.’

Tak putus-putus Kasih mengucap terima kasih kepada Jamil yang tersenyum di depannya.

‘Takpelah Kasih, adatlah kalau menolong orang dalam kesusahan tue.’

‘Pak cik pun berterima kasih banyak-banyak nak.’

Encik Amir juga turut mengucapkan terima kasih pada Jamil yang menyelamatkan Kasih.Syukurlah Kasih dan kandungannya selamat!

‘Jemput minum Jamil.’

Puan Izzah menyua segelas lemon ice dan segera disambut oleh Jamil.Dia berasa selesa dengan family Kasih yang ramah dengannya.

‘Terima kasih mak cik.’

Seketika mereka berbual-bual kosong. Kasih pula entah berapa kali mengucapkan terima kasih dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Jamil.

‘Nampaknya saya kena balik dululah mak cik, pak cik, Kasih..’

Jamil memandang jam di tangannya.Dia sudah terlewat sedangkan sebelum keluar rumah tadi dia berjanji keluar sekejap saja.

‘Lain kali datanglah lagi Jamil.Drive baik-baik ya.’

Encik Amir mengiringi Jamil ke keretanya.Kasih mengekori papanya dan Jamil dari belakang sambil memegang punggungnya.Kandungannya yang makin membesar menyebabkan pergerakannya agak terbatas.

‘Terima kasih ya Jamil.Hanya Tuhan yang dapat membalas budi awak.Drive carefully.’

Jamil tersenyum memandang Kasih yang nampak sudah agak sarat kandungannya.Kasih membalas senyuman Jamil. Setelah bersalaman dengan Encik Amir, Jamil menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi.

**

Rizal Amri melangkah dengan muka masam ke dalam rumah. Kasih yang tersenyum di muka pintu tidak dipedulikan langsung malah tangan yang dihulurkan untuk bersalam pun tidak disambut oleh Rizal Amri.

Kasih menuruti langkah suaminya yang kelihatan moody.Mungkin dia letih dengan kerjanya, bisik hatinya.Selebihnya untuk menenangkan dirinya sendiri juga. Kasih mencuba untuk bertahan seperti tiada apa-apa yang merunsingkan dirinya.Oh hati,tabahlah dirimu!!

‘Abang, nak minum tak?’

Kasih masih berusaha untuk menanya suaminya yang jelas acuh tak acuh memandang dirinya.

‘Kasih buatkan lemon ice ya bang.’

‘Kenapa Kasih tak bagitau abang pasal kemalangan tue?’

Tersentak Kasih dengan kemarahan Rizal Amri malah meninggikan suara dengannya. Seumur hidupnya tak pernah lagi dia ditengking sebegitu.

‘Bukan begitu bang..’

‘Bukan apa?Mentang-mentang lelaki yang menyelamatkan Kasih..Kasih sukalah begitu,bukan?’

Terjegil mata Rizal Amri memandang Kasih yang terkaku di depannya. Saat ini dia memang sakit hati mendengar berita Kasih yang hampir kemalangan tapi tidak memberitahunya pun. Betapa dia rushing drive balik ke sini tapi Kasih sedikit pun tidak membuka mulut menelefonnya.

‘Abang kan sibuk..Kasih ingat…’

‘Ingat apa?Memandai je.’

Sindiran tajam Rizal Amri memintas ayat Kasih membuatkan Kasih memalingkan mukanya, lebih kepada menenangkan dirinya sendiri. Kasih menarik nafasnya dalam-dalam dan dihembus perlahan.Kemudian, dipaling mukanya semula menghadap Rizal Amri yang yang memandangnya seolah-olah ingin menelannya.Bukan dia tak nak menelefon suaminya itu tapi dia tahu betapa suaminya pentingkan kerjanya.

‘Kasih minta maaf kalau…’

‘Kalau apa? Kalau ada kesan kat baby, siapa nak bertanggungjawab?’

‘Kasih pun tak minta begitu..’

Sebak mula bertamu. Air mata yang ditahan mengalir jua.Amri menjeling marah.

‘Sikit-sikit menangis…itulah perempuan memang suka berendam air mata. Menyesakkan mata jer tengok.’

Saat itu juga Rizal Amri melangkah keluar rumah meninggalkan Kasih yang terpinga-pinga dengan sikapnya.

‘Abang…’

Kasih menjerit nyaring bila dia jatuh terduduk di lantai yang masih belum kering selepas di mopnya tadi.Hajatnya ingin mengejar suaminya terhenti di situ.Perlahan Kasih merasa kesakitan mula menjalar di pinggang nya.

‘Ya Allah,selamatkanlah kandunganku..’

Itu yang sempat disebutnya bila kesakitan makin menjalar dan akhirnya dia longlai di situ. Dunianya gelap!

4 comments:

  1. wahh!
    apesal suami kasih moody sgt??
    huu. kseh da la sensitif oH!


    suspenss ni.
    sambung sambung.
    ehee

    ReplyDelete
  2. suspen arr tapi best.. ala post ler cpt....nak lagi3..

    ReplyDelete
  3. hu..hu.
    sedih bangat nehhh
    nape rizal jd cam2..
    tak suke....
    kasi gue panasss jerrr...

    ReplyDelete
  4. asal rizal nie.
    melulu je tuduh.
    nue nak kena sepak nie.
    haish.
    xsuke2.
    sian kasih.
    -na'dz

    ReplyDelete

Any comments really appreciated!